Berpandukan bunting di atas, jawab soalan-soalan di bawah.
1. Apakah tajuk program di atas?
2. Siapakah yang menganjurkan program di atas?
3. Siapakah penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah?
4. Bilakah program di atas diadakah?
5. Di manakah program di atas dilangsungkah?
Selasa, 19 Mac 2013
Mari Bercuti Ke Perak
Tonton video di atas.
Aktiviti 2 :
Senaraikan nama tempat-tempat menarik yang dapat ditonton.
Aktiviti 3 :
Senaraikan 5 frasa kerja yang berkaitan dengan video.
Aktiviti 4 :
Bina ayat menggunakan frasa kerja di atas.
Aktiviti 5 :
Tulis satu karangan berpandukan video di atas.
Sabtu, 16 Mac 2013
Jasa Ibu
Arahan: Sila tonton video ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Apakah watak-watak yang terdapat dalam video di atas?
2. Mengapakah kanak-kanak itu begitu menyayangi ibunya?
3. Apakah jasa-jasa ibu terhadap kamu? Senaraikan.
4. Tonton semula video dan catatkan kata kerja yang dapat dilihat dari rakaman tersebut.
Asal-Usul Melayu
Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak
fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz
sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan
oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay”
yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit
coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.
Ehsan dari "A Malay Boy -
Project Gutenberg. Wikipedia".
Perkahwinan
campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak
merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan
orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar
Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam,
budaya dan bahasa yang sama.
Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari
mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan
secara tepat.
Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai
yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di
Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal
dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia
Tenggara.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai
hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Di dalam artikel Resam
Melayu sebelum ini – Bahasa dan Tamadun Melayu,
mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di
Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran
mereka.
Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat
dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi
semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo”
yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera,
serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur
bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei,
Filipina, Taiwan dan Vietnam).
Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa
dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang
digunakan.
Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan
Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto
(kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500
Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan
Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman
Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro.
Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.
Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada
Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk
tanam.
Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh
dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara
memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan
pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu
Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam
Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.
Sumber dari:
Aktiviti 1 : Baca maklumat yang diberi.
Aktiviti 2 : Catatkan Kata Nama Khas yang terdapat dalam petikan di atas.
Aktiviti 3 : Senaraikan kata berimbuhan meN yang terdapat dalam petikan.
Aktiviti 4 : Pilih 5 daripada kata berimbuhan tersebut dan bina ayat.
Sabtu, 2 Mac 2013
Kejohanan Balapan dan Padang - SK Sultan Idris II
Pada hari Khamis, 27 September 2012, Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-50. Acara bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di padang sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Azman yang merupakan pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Gambar-gambar yang telah diambil semasa majlis kejohanan tersebut ...
Aktiviti 1 :
Aktiviti 2 :
Aktiviti 3 :
Bina ayat yang gramatis berdasarkan frasa bagi setiap gambar.
Aktiviti 4 :
Saya".
Aktiviti Pengayaan :
Anda boleh membina karangan-karangan lain yang bertemakan peristiwa yang berlaku di sekolah
seperti "Sambutan Hari Guru" , "Hari Penyampaian Hadiah" , Hari Kanak-Kanak" dan sebagainya.
Anda boleh merujuk tajuk-tajuk lain daripada guru Bahasa Melayu anda. Anda juga boleh
menggunakan ayat-ayat yang dibina pada Aktiviti 4 untuk membuat karangan bentuk laporan.
Langgan:
Ulasan (Atom)














