Sabtu, 4 Mei 2013

Karnival Dr Muda Peringkat Daerah

Karnival Dr Muda Peringkat Daerah Kuala Kangsar telah berlangsung di 
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II pada hari khamis, 2 May 2013, 3 petang. 
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II telah menyertai 4 kategori iaitu 
Tokoh Dr Muda, Pameran Dr Muda, Penghasilan Buku Skrap dan Pertandingan Inovasi.
Alhamdulillah, Kelab Dr Muda SKSI II telah berjaya menjadi Johan bagi semua kategori tersebut.

Lawatan Kelab Dr Muda ke AADK Kuala Kangsar


 Lawatan telah dijalankan pada 25 April 2013, pada pukul 3.00 petang.
 Seramai 30 orang murid telah terlibat dalam lawatan tersebut.
Guru pengiring yang terlibat ialah Puan Hanizah, Puan Sahilah dan Puan Rosida.










Selasa, 19 Mac 2013

Pengisian Rohani

Berpandukan bunting di atas, jawab soalan-soalan di bawah.

1. Apakah tajuk program di atas?

2. Siapakah yang menganjurkan program di atas?

3. Siapakah penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah?

4. Bilakah program di atas diadakah?

5. Di manakah program di atas dilangsungkah?

Mari Bercuti Ke Perak

Aktiviti 1:
Tonton video di atas.

Aktiviti 2 :
Senaraikan nama tempat-tempat menarik yang dapat ditonton.

Aktiviti 3 :
Senaraikan 5 frasa kerja yang berkaitan dengan video.

Aktiviti 4 :
Bina ayat menggunakan frasa kerja di atas.

Aktiviti 5 :
Tulis satu karangan berpandukan video di atas.

Sabtu, 16 Mac 2013

Jasa Ibu


Arahan: Sila tonton video ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Jawab soalan-soalan berikut.
1.  Apakah watak-watak yang terdapat dalam video di atas?
2.  Mengapakah kanak-kanak itu begitu menyayangi ibunya?
3.  Apakah jasa-jasa ibu terhadap kamu? Senaraikan.
4.  Tonton semula video dan catatkan kata kerja yang dapat dilihat dari rakaman tersebut.

Asal-Usul Melayu


Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".
Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.
Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan secara tepat.
Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Di dalam artikel Resam Melayu sebelum ini – Bahasa dan Tamadun Melayu, mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.
Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).
Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang digunakan.
Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.
Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Sumber dari:

Aktiviti 1 : Baca maklumat yang diberi.
Aktiviti 2 : Catatkan Kata Nama Khas yang terdapat dalam petikan di atas.
Aktiviti 3 : Senaraikan kata berimbuhan meN yang terdapat dalam petikan.
Aktiviti 4 : Pilih 5 daripada kata berimbuhan tersebut dan bina ayat. 

Sabtu, 2 Mac 2013

Kejohanan Balapan dan Padang - SK Sultan Idris II

Pada  hari Khamis, 27 September 2012, Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-50. Acara bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di padang sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Azman yang merupakan pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Gambar-gambar yang telah diambil semasa majlis kejohanan tersebut ...














Aktiviti 1 :

          Bincangkan dan senaraikan kata kerja yang sesuai bagi setiap gambar.


Aktiviti 2 :

          Bincangkan dan senaraikan frasa yang sesuai bagi setiap gambar.



Aktiviti 3 :

          Bina ayat yang gramatis berdasarkan frasa  bagi setiap gambar.

Aktiviti 4 :

          Berdasarkan ayat-ayat yang telah dibina, buat satu karangan yang bertajuk "Hari Sukan Sekolah
          Saya".

Aktiviti Pengayaan :

         Anda boleh membina karangan-karangan lain yang bertemakan peristiwa yang berlaku di sekolah 

         seperti "Sambutan Hari Guru" , "Hari Penyampaian Hadiah" , Hari Kanak-Kanak" dan sebagainya. 
        Anda boleh merujuk tajuk-tajuk lain daripada guru Bahasa Melayu anda. Anda juga boleh 
        menggunakan ayat-ayat yang dibina pada Aktiviti 4 untuk membuat karangan bentuk laporan.